Laman Rasmi
Sekolah Kebangsaan (2)
Jalan Bukit, Kajang

Lagu Sekolah

Belajar untuk Berkhidmat

Lagu Rasmi Sekolah

Lagu sekolah ini mencerminkan semangat pendidikan, nilai murni dan tekad warga SK (2) Jalan Bukit Kajang dalam melahirkan murid yang berilmu, berdisiplin dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Dengar Lagu Sekolah
Mainkan Lagu

Buat masa ini, lagu sekolah yang tersedia hanyalah versi instrumental. Versi nyanyian akan dimuat naik tidak lama lagi. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekolah 2 Jalan Bukit,
Inilah Sekolah Kita,
Usaha Bakti, Jasa Murni,
Tak Mungkin Dilupai

Sekolah 2 Jalan Bukit,
Mendidik Kita Semua,
Tunjuk Ajar, Bimbing Usaha,
Hormat Guru Sentiasa

Belajar Untuk Berkhidmat,
Itulah Cogan Kita,
Patuh Rukun Negara,
Jadi Rakyat Berguna

Sekolah 2 Jalan Bukit,
Menuju Ke Arah Jaya,
Bidang Sukan,
Pelajaran,
Selalu Ditingkatkan