Logo Sekolah
Belajar untuk Berkhidmat
Identiti & Makna Logo Sekolah
Logo SK (2) Jalan Bukit Kajang bukan sekadar lambang, tetapi mencerminkan jati diri, nilai murni serta semangat warga sekolah dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan bersatu padu ke arah kecemerlangan.
Setiap elemen dalam logo SK (2) Jalan Bukit Kajang membawa maksud yang mendalam, melambangkan perjalanan pendidikan, nilai kehidupan dan semangat perpaduan dalam melahirkan murid yang cemerlang, berdaya saing dan berakhlak mulia.
Makna Simbol
Setiap elemen yang terdapat pada logo sekolah membawa maksud yang tersendiri dan mencerminkan identiti, nilai serta aspirasi warga sekolah.
Streng Navigasi
Adalah umpama sebuah kapal yang belayar ke satu destinasi berisikan ke arah cemerlang.
Buku
Lambang pendidikan dan pembelajaran.
Pokok Padi
Mengikut resmi padi, semakin berisi (berilmu) semakin tunduk (rendah diri). Amalan nilai-nilai murni dan bersahsiah tinggi.
Bola
Murid diberi ruang yang secukupnya untuk melibatkan diri dalam bidang ko-kurikulum. (Umpama sebiji bola yang boleh digunapakai dalam apa jua situasi)
Makna Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo sekolah melambangkan semangat, nilai dan jati diri yang menjadi pegangan seluruh warga sekolah.
Biru
Perpaduan Kaum
Merah
Berani
Kuning
Kesetiaan